Harga RON97 naik 10 sen 


HARGA runcit RON97 naik 10 sen kepada RM3.47 seliter, umum Kementerian Kewangan.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, harga RON95 kekal pada RM2.05 seliter.

Menurutnya harga runcit diesel juga kekal pada RM2.15 seliter.

Harga tersebut akan berkuat kuasa sehingga 27 September.

“Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran (diperolehi daripada mekanisme penetapan harga automatik) bagi RON95 dan diesel telah meningkat melebihi harga siling semasa,” katanya dalam kenyataan itu.

RON97 dijual pada harga RM3.37 seliter sejak tiga setengah bulan lalu.

Kali terakhir harga bahan api itu dinaikkan adalah pada 1 Jun iaitu sebanyak 2 sen daripada RM3.35sen kepada RM3.37 seliter.

Tidak seperti RON95 dan diesel, RON 97 tidak bersubsidi dan harga runcitnya ditetapkan oleh kuasa pasaran. – 20 September, 2023.
 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen