PKR masih belum buat keputusan bertanding PRK DUN Jepak


Desmond Davidson

Pengerusi PKR negeri Roland Engan berkata parti itu sedang membuat keputusan sama ada untuk meletakkan calon bagi kerusi DUN Jepak di Sarawak. – Gambar Facebook, 20 September, 2023.

PKR Sarawak bermesyuarat untuk memutuskan sama ada parti itu akan meletakkan calon bagi kerusi DUN Jepak yang kosong apabila penyandangnya Talib Zulpilip meninggal dunia Jumaat lalu.

“Kami sedang membuat keputusan,” kata Pengerusi PKR negeri Roland Engan kepada The Malaysian Insight.

Talib berusia 72 tahun dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) meninggal dunia sekitar jam 6 petang di Pusat Pakar Perubatan Normah di Petra Jaya.

Beliau yang mewakili kawasan majoriti Melayu-Melanau ini sejak kerusi itu diwujudkan pada 1969 dikebumikan pada malam yang sama di tanah perkuburan Islam Semariang.

Pada PRN 2021 Talib berdepan saingan daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) Raba’ah Tudin, Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan Tuah Kazan bebas.

Talib yang merupakan menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) dari 2017 hingga 2021 mengekalkan kerusi berkenaan dengan 14,643 undi dengan majoriti 4,243 undi.

PKR pernah bertanding di kerusi itu pada pilihan raya 2011 dan 2016 meletakkan Abdul Jalil Bujang namun gagal memberikan saingan.

Rakan komponen mereka dalam PH, DAP juga pernah mencuba nasib pada pilihan raya 2006 dan 2001 apabila parti itu meletakkan Wan Saimi Wan Dahlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat Isnin ini untuk memutuskan tarikh PRK DUN Jepak. – 20 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen