109 suspek penipuan dalam talian dipindahkan ke China


China sebelum ini menerima 1,482 suspek termasuk 58 pelarian yang ditahan di luar negara, lapor Xinhua. – Gambar AFP, 17 September, 2023.

SERAMAI 109 suspek termasuk 11 pelarian yang terlibat dalam penipuan dalam talian dipindahkan dari Myanmar dan diserahkan kepada pihak berkuasa China pada Sabtu, menurut Kementerian Keselamatan Awam China hari ini.

Pemindahan suspek itu adalah sebahagian daripada kerjasama penguatkuasaan undang-undang rentas sempadan antara China dan Myanmar yang menyasarkan kes penipuan dalam talian.

China sebelum ini menerima 1,482 suspek termasuk 58 pelarian yang ditahan di luar negara, lapor Xinhua.

Polis China khususnya pihak berkuasa keselamatan awam di bandar Pu’er di barat daya Wilayah Yunnan China meningkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang di Myanmar untuk menangani aktiviti berkenaan yang setakat ini membuahkan hasil yang luar biasa.

Pada masa ini Kementerian Keselamatan Awam mengarahkan jabatan polis tempatan yang berkaitan untuk menerima suspek dan memulakan siasatan terhadap kes itu bagi mengenal pasti hubungan aktiviti jenayah mereka selain memberi tekanan tinggi terhadap jenayah berkaitan. – Bernama, 17 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen