PERDANA Menteri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, Sarawak hari ini.
Kehadiran Anwar yang juga Menteri Kewangan di Wisma Bapa Malaysia pada jam 2.20 petang disambut oleh Premier Sarawak Abang Johari Openg.
Turut hadir pada mesyuarat kira-kira lebih tiga jam itu kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof.
Hampir semua menteri Kabinet hadir termasuk Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Sejurus selesai mesyuarat itu kira-kira jam 6 petang, Anwar meninggalkan wisma berkenaan bagi menghadiri sambutan Hari Malaysia di Stadium Perpaduan malam ini. – Bernama, 16 September, 2023.
Komen