Moscow sedia teruskan perjanjian penerbangan angkasa lepas bersama AS


Ketua agensi angkasa lepas Rusia Roscosmos, Yuri Borisov berkata Moscow berkata perjanjian baharu untuk meneruskan penerbangan silang pada 2024 dan 2025 sedang disediakan. – Gambar EPA, 16 September, 2023.

KETUA agensi angkasa lepas Rusia Roscosmos pada Jumaat berkata agensi itu bersedia untuk melanjutkan perjanjian dengan Amerika Syarikat (AS) mengenai penerbangan angkasa bersama ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Perjanjian baharu untuk meneruskan penerbangan silang pada 2024 dan 2025 sedang disediakan, kata ketua Roscosmos Yuri Borisov.

Moscow sebelum ini berkata ia akan menghentikan kerjasama angkasa lepas dengan AS.

ISS adalah antara beberapa tempat yang menyaksikan kedua-dua negara masih bekerjasama sejak meletusnya perang Rusia menentang Ukraine.

Pada Jumaat, angkasawan AS Loral O’Hara melancarkan misinya ke angkasa lepas atas kapsul Soyuz bersama rakan sejawatnya dari Rusia Oleg Kononenko dan Nikolai Chub.

Pesawat ulang-alik AS juga membawa angkasawan bersama-sama sebagai sebahagian daripada perjanjian itu.

Disebabkan ketegangan hubungan kedua-dua negara, Rusia baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan menghentikan kerjasama selepas 2024 dan membina stesen orbitnya sendiri.

Namun, memandangkan pembinaan stesen angkasa lepas mengambil masa beberapa tahun, Moscow kemudian mengumumkan ia sedang mempertimbang untuk kekal di ISS sehingga 2028. – Bernama, 16 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen