LEBIH 75% rakyat Rusia menyatakan keyakinan mereka terhadap Presiden Vladimir Putin dan lebih 70% juga yakin akan prestasinya, menurut tinjauan baharu yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Pendapat Awam Rusia pada Jumaat, lapor Sputnik.
Hanya 15.7% responden tidak setuju dengan prestasi Putin sebagai presiden, manakala 77.7%us daripada sampel berkata mereka mempercayai pemimpin Rusia itu dan 74% yakin akan prestasi beliau.
Selain itu 18.3% responden menyatakan tidak percaya terhadap Putin.
Tinjauan itu dijalankan dari 4 hingga 10 September dalam kalangan 1,600 warga Rusia. Margin ralat tidak melebihi satu peratus. – Bernama, 16 September, 2023.
Komen