Nigeria alami gangguan bekalan elektrik seluruh negara 


Banyak rumah dan perniagaan di Nigeria terpaksa memasang penjana elektrik bagi mendapatkan bekalan.– Gambar AFP, 15 September, 2023.

RAMAI penduduk terputus bekalan elektrik susulan grid elektrik di Nigeria runtuh akibat kebakaran pada Khamis, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Menteri Tenaga Adebayo Adebulu berkata kebakaran berjaya dikawal dan bekalan elektrik telah dipulihkan kepada kira-kira separuh penduduknya, manakala selebihnya akan dipulihkan secara berperingkat.

Negara yang mempunyai lebih 220 juta penduduk itu tidak mampu menampung permintaan, sebahagiannya disebabkan sistem penyelenggaraan yang lemah dan disebabkan kekurangan pelaburan.

Pecahan grid kerap berlaku, dengan pihak berkuasa mengaitkannya dengan masalah teknikal.

Banyak rumah dan perniagaan telah memasang penjana elektrik untuk mengatasi gangguan itu. – Bernama, 15 September, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen