Kereta api laju Jakarta-Bandung diuji pada Oktober


Presiden Joko Widodo berkata orang ramai boleh mengambil bahagian dalam ujian perjalanan kereta api cepat Jakarta-Bandung yang bermula pada Oktober ini. – Gambar EPA, 14 September, 2023.

PRESIDEN Joko Widodo (Jokowi) berkata orang ramai boleh mengambil bahagian dalam ujian perjalanan kereta api cepat Jakarta-Bandung (KCJB) yang bermula pada Oktober tahun ini.

“Mari kita berharap agar orang ramai dapat menggunakan kereta api berkelajuan tinggi bermula dari awal Oktober 2023,” katanya semasa aktiviti uji perjalanan di Stesen KCJB Padalarang, Daerah Bandung Barat, Jawa Barat.

Beliau berkata kerajaan akan meneruskan rancangan untuk memberi peluang kepada orang ramai menaiki kereta api, yang boleh melakukan perjalanan dari Jakarta dan Bandung dalam masa kira-kira 50 minit sahaja, secara percuma sepanjang tempoh ujian.

Jokowi pada masa sama berharap operasi kereta api berkelajuan tinggi itu dapat membantu kerajaan dalam usaha menarik lebih ramai rakyat beralih menggunakan pengangkutan awam.

“Perlu diingat kesesakan lalu lintas di Jabodetabek dan Bandung mengakibatkan kerugian lebih daripada Rp100 trilion (AS$6.5 bilion),” katanya. – Bernama, 14 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen