Israel luluskan pembinaan 3,000 buah rumah di Tebing Barat


Rancangan berterusan Israel membina penempatan Yahudi di Tebing Barat mengocakkan lagi rantau bergolak itu.- Gambar AFP, 8 Jun, 2017.

ISRAEL meluluskan rancangan membina 1,500 kediaman baru untuk penempatan Yahudi di Tebing Barat, kata Peace Now hari ini, pengumuman kedua mengenai rancangan itu minggu ini.

Pembinaan lebih daripada 3,000 unit diluluskan minggu ini, kata NGO yang memerhati pembinaan bangunan penempatan di daerah Palestin yang dijajah Israel itu kepada AFP.  

Selasa lepas, Israel meneruskan pembinaan 1,500 unit dengan jangkaan akan menambah 900 buah lagi, kata Peace Now.

Jumlah 900 kediaman itu disahkan jawatankuasa perancangan kementerian pertahanan Israel, tambah NGO itu.

Dalam proses berasingan, jawatankuasa itu meluluskan pembinaan 688 kediaman Rabu lepas dan akan melalui proses rundingan awam selama 60 hari. Tempoh ini membenarkan bantahan awam dilakukan.

Hagit Ofran daripada Peace Now memberitahu AFP yang 3,178 unit diluluskan minggu ini sahaja.

Lebih daripada 600,000 rakyat Israel tinggal di penempatan Tebing Barat, termasuklah timur Jerusalem, kawasan yang menjadi pertikaian utama dalam rundingan damai antara Israel dan Palestin.

Penduduk Yahudi di kawasan itu tinggal berhampiran dengan hampir tiga juta rakyat Palestin. – AFP, 8 Jun, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen