POLIS sedang memburu beberapa suspek dalam insiden rusuhan di belakang Pejabat Daerah Kanowit tengah hari semalam yang menyebabkan dua lelaki cedera dan kenderaan milik mereka dirosakkan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Mohd Azman Ahmad Sapri yang mengesahkan menerima laporan berhubung insiden itu semalam berkata rakaman kejadian sekitar 1.30 tengah hari di tempat letak kereta pejabat daerah itu tular di media sosial.
“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau seterusnya menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu supaya memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat mengenainya kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kanowit ASP Mohd Faizal Nawi dengan menelefon 016-8657432 atau IPD Kanowit 084-752222. – Bernama, 13 September, 2023.
Komen