Presiden Ecuador serah kenderaan berperisai kepada tentera


Presiden Ecuador Guillermo Lasso menyampaikan 20 kenderaan perisai Cobra II buatan Turkiye kepada tentera negara itu bagi membantu memerangi jenayah terancang. – Gambar EPA, 13 September, 2023.

PRESIDEN Ecuador Guillermo Lasso menyampaikan 20 kenderaan perisai Cobra II buatan Turkiye kepada tentera negara itu bagi membantu memerangi jenayah terancang, lapor Xinhua.

“Hari ini, saya berbesar hati menyampaikan 20 kenderaan Cobra II buatan Turkiye.

“Armada ini akan berfungsi untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan kita,” kata Lasso semasa majlis penyerahan di ibu negara Quito.

Sebanyak 15 unit lagi akan tiba pada Oktober.

Cobra II ialah kenderaan berperisai beroda taktikal 4x4 yang direka dan dikeluarkan oleh syarikat Turkiye Otokar, dengan kapasiti sembilan individu dan tahap perlindungan yang tinggi terhadap peluru dan bahan letupan.

Pada 10 Ogos, Lasso mengisytiharkan darurat di seluruh negara selama 60 hari untuk menentang gelombang keganasan di negara itu - termasuk pembunuhan, penculikan dan serangan bersenjata terhadap ahli politik.

Menteri Pertahanan Luis Lara mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menyokong Angkatan Tentera.

“Ecuador bukan lagi negara yang aman pada abad yang lalu… organisasi jenayah kini mengancam keselamatan rakyat Ecuador, menyerang institusi mereka malah telah cuba menjejaskan demokrasi.” – Bernama, 13 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen