KIRA-KIRA 10,000 orang hilang selepas banjir besar di Libya, kata Ketua Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa yang berpangkalan di Tunisia, Tamer Ramadan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Beliau membuat kenyataan itu pada sidang media PBB di Geneva melalui pautan video.
Ribut yang dikenali sebagai Daniel mula menurunkan hujan di Libya pada Ahad, mengakibatkan bencana banjir di bahagian timur negara itu.
Beratus-ratus orang dikebumikan di bandar Derna yang teruk terjejas, di mana dua empangan pecah. – Bernama, 13 September, 2023.
Komen