Kilang mercun di India meletup, 25 terbunuh


LETUPAN di kilang mercun di daerah tengah India setakat ini mengorbankan 25 orang, kata seorang pegawai hari ini.

Pasukan penyelamat mengeluarkan sekurang-kurangnya 20 mayat rentung daripada struktur bangunan yang runtuh selepas percikan api mengenai bekalan mercun menyebabkan letupan besar di kilang yang terletak di daerah Balaghat, negeri Madhya Pradesh.

“Tiga orang pekerja lagi dalam keadaan serius, sementara lima meninggalkan dunia kerana kecederaan yang dialami,” Bharat Yadav, pegawai kerajaan di Balaghat memberitahu AFP.

Tujuh lagi sedang dirawat di hospital.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kejadian dan sudah mendakwa pemilik kilang yang masih belum ditahan atas tuduhan kecuaian sehingga menyebabkan kematian.

Kemalangan industri seringkali berlaku di India, di mana kelemahan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang menyebabkan kematian pekerja.

Oktober tahun lepas, letupan di kilang mercun di Tamil Nadu menyebabkan 20 orang pekerja terbunuh.

Selepas itu, pada November, lima pekerja terbunuh dalam kejadian serupa di utara Uttar Prades. – AFP, 8 Jun, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen