UKRAINE menyerang kedudukan Russia di bandar Enerhodar di wilayah Zaporizhzhia dengan dron dengan dua pesawat tanpa pemandu (UAV) ditembak jatuh, lapor Sputnik.
“Terdapat serangan dron besar-besaran ke atas bandar Enerhodar semalam. Enam serangan udara direkodkan kira-kira 6 petang.
“Dua dron dimusnahkan semasa menghampiri manakala empat terkena tembakan,” ketua perbadanan nuklear Rusia Rosatom Alexey Likhachev memberitahu pemberita di luar Forum Ekonomi Timur (EEF) yang sedang berlangsung di Vladivostok.
Serangan Kyiv bertujuan untuk menakut-nakutkan lagi penduduk bandar dan pekerja loji kuasa nuklear Zaporizhzhia, dakwa ketua Rosatom itu.
Keselamatan teknologi loji kuasa nuklear Zaporizhzhia terjamin sepenuhnya, tetapi terdapat risiko serangan ke atasnya dari Kyiv, tambahnya. – Bernama, 12 September, 2023.
Komen