Bekalan kuasa di sesetengah kawasan di Greece masih terjejas selepas banjir


Dari Isnin hingga Khamis minggu lalu ribut melanda tengah Greece dan hujan lebat melebihi 700 mm dalam masa kurang daripada 24 jam. – Gambar AFP, 11 September, 2023.

BEKALAN elektrik dan air di kebanyakkan kawasan di tengah Greece hari ini masih terjejas akibat banjir, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Di bandar pelabuhan Volos dengan populasi seramai 150,000 penduduk, rangkaian bekalan air masih belum dipulihkan dan hanya dibekalkan secara bergilir-gilir, lapor saluran berita ERT news pada Isnin.

Menurut bomba hampir 4,500 orang diselamatkan setakat ini tetapi operasi menyelamat masih diteruskan.

Ramai mangsa masih gagal dikesan dan jumlah kematian akibat banjir ialah 15 orang pada hari ini, menurut briged itu.

Tahap kerosakan belum dapat dipastikan di sebahagian besar kawasan terjejas.

Dari Isnin hingga Khamis minggu lalu ribut melanda tengah Greece dan hujan lebat melebihi 700 mm dalam masa kurang daripada 24 jam. – Bernama, 11 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen