Djokovic tewaskan Medvedev, cipta rekod Grand Slam ke-24


Novak Djokovic, warga Serbia berusia 36 tahun, menjadi juara Terbuka Amerika Syarikat tertua dalam era Terbuka. – Gambar EPA, 11 September, 2023.

NOVAK Djokovic mengesahkan kejuaraan Grand Slam ke-24 beliau dan menjadi juara Terbuka Amerika Syarikat yang tertua dalam era Terbuka selepas kemenangan yang mencabar ke atas Daniil Medvedev, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Warga Serbia berusia 36 tahun itu kembali ke tangga nombor satu dunia, mengalahkan Medvedev, pilihan ketiga, dengan skor 6-3, 7-6 (7-5), 6-3 untuk meraih mahkota Flushing Meadows yang keempat.

Perlawanan pada set kedua berlarutan selama 104 minit, lebih lama daripada keseluruhan perlawanan pusingan pertama kedua-dua pemain. – Bernama, 11 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen