Arab Saudi, AS tandatangani MOU koridor transit hijau Asia-Eropah


Arab Saudi umum pemeteraian MoU dengan AS untuk mewujudkan koridor transit hijau antara benua. – Gambar AFP, 10 September, 2023.

ARAB Saudi mengumumkan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dengan Amerika Syarikat (AS) untuk mewujudkan koridor transit hijau antara benua, Xinhua memetik laporan Saudi Press Agency.

MoU itu, yang ditandatangani pada Jumaat, menyediakan rangka kerja untuk membangunkan protokol bagi mewujudkan koridor transit hijau melalui Arab Saudi untuk menghubungkan Asia dan Eropah.

Projek itu bertujuan memudahkan transit elektrik boleh diperbaharui dan hidrogen bersih melalui kabel penghantaran dan saluran paip, serta  pembinaan rangkaian kereta api, kata laporan itu.

Ia juga akan membantu meningkatkan keselamatan tenaga, menggalakkan ekonomi digital, perdagangan dan pengangkutan barangan, tambah laporan itu. – Bernama, 10 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen