GEMPA bumi besar melanda Maghribi menyebabkan lebih 2,000 terkorban sementara lebih 2,000 yang lain cedera, kebanyakannya parah, kata kementerian dalam negeri.
Sekurang-kurangnya 2,012 disahkan meninggal dunia sementara 2,059 cedera termasuk 1,404 dalam keadaan kritikal, kata kementerian dalam satu kenyataan.
Daripada jumlah itu, 1,293 kematian direkodkan di wilayah Al-Haouz, lokasi awal gempa bumi, sementara 452 dilaporkan di wilayah Taroudant.
Pihak berkuasa masih menggerakkan operasi menyelamat dan berusaha membawa keluar mangsa cedera, kata kementerian.
Gempa bumi berukuran 6.8-magnitud melanda pada Jumaat, di kawasan pergunungan 72km barat daya bandar pelancongan, Marrakesh, lapor Geological Survey AS.
Kerajaan mengisytiharkan tiga hari perkabungan negara di Maghribi sementara pasukan menyelamat meneruskan usaha mencari mangsa. – AFP, 10 September, 2023.
Komen