BEKAS Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Kemudahan Awam Sarawak Ambrose Blikau Enturan meninggal dunia di Pusat Pakar Perubatan Normah, pagi ini pada usia 70 tahun.
Mendiang meninggalkan isteri Marie Therese Mathias dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan serta lapan cucu.
Menurut pemakluman yang dikongsikan keluarga terdekatnya di media sosial, jasad mendiang dibawa balik ke kediamannya di Jalan Kedandi, Lorong 8, Tabuan Dusun.
Upacara sembahyang akan diadakan pada malam ini dan majlis memberi penghormatan terakhir akan diadakan esok.
Mendiang akan disemadikan pada Isnin ini di Nirvana Memorial Park Kuching.
Beliau memegang jawatan Menteri Muda Perancangan Sumber Sarawak dari 1987 hingga 2000 dan Menteri Muda Kewangan Sarawak dari 2001 hingga 2006.
Beliau merupakan Anggota Dewan Undangan (ADUN) Katibas dari 1979 hingga 1987 dan dari 1991 hingga 2021. – Bernama, 9 September, 2023.
Komen