KERAJAAN junta Myanmar mengehadkan eksport ke Bangladesh melalui pelabuhan selepas bank Bangladesh membekukan akaun dua bank negara Myanmar, menurut laporan media.
Junta melarang eksport pelbagai komoditi makanan ke Bangladesh melalui Maungdaw di Rakhine selepas tindakan yang dikenakan Bank Sonali Bangladesh, Agensi Anadolu memetik laporan Myanmar Now.
Kerajaan junta membuat keputusan itu selepas pertemuan antara ketua junta Min Aung Hlaing dan ketua misi Bangladesh Md Monwar Hossain, katanya.
Pada 1 September, kementerian perdagangan rejim itu mengumumkan barangan larangan termasuk beras, kacang, kacang tanah dan bawang mesti dihantar melalui zon komersial di ibu negara Rakhine, Sittwe berkuat kuasa 4 September.
“Bank Sonali (bank negara Bangladesh) mengenakan sekatan yang boleh membawa kepada penyeludupan orang dan barangan,” kata Myint Thura, ketua pengarah jabatan perdagangan kementerian perdagangan junta.
Jumlah nilai barangan yang dieksport ke Bangladesh melalui Maungdaw melebihi AS$4.5 juta antara April dan Ogos tahun ini, katanya. – Bernama, 9 September, 2023.
Komen