Gempa berukuran 6.8 landa Maghribi


GEMPA kuat berukuran 6.8 Skala Ritcher melandar Marrakesh, Maghribi pada lewat Jumaat, menurut Kajian Geologikal AS, menyebabkan gegaran kuat.

Pusat gempa dikesan di 71 kilometer barat daya Marrakesh di kedalaman 18.5 kilometer pada jam 11:11 malam.

Ia menyebabkan gegaran kuat seperti dirakam video yang dimuatnaik di media sosial.

Sistem PAGER USGS yang menyediakan penilaian awal kesan gempa bumi mengeluarkan amaran kod oren untuk kerugian ekonomi, kebinasaan terhadap kehidupan dan kod kuning untuk kecederaan berkaitan gegaran, menandakan kemungkinan kehilangan nyawa.

USGS berkata “populasi di wilayah itu tinggal di struktur yang sangat rentan kepada gegaran gempa bumi.”

Morroco kerap mengalami gempa bumi di kawasan utaranya disebabkan kedudukan plat Afrika dan Eurasian.

Pada 2004, sekurang-kurangnya 638 maut dan 926 cedera selepas gempa melanda wilayah Al Hoceima.

Gempa El Asnam berukuran 7.3 pada 1980 yang melanda negara jiran Algeria adalah antara gempa terburuk pernah direkod dalam sejarah gempa moden. Ia membunuh 2,500 orang dan menyebabkan sekurang-kurangnya 300,000 hilang tempat tinggal. – AFP, 9 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen