Negara Teluk sambung bincang perjanjian perdagangan bebas dengan Jepun


Menteri Luar Oman Sayyid Badr Hamad berkata Negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) akan menyambung semula perbincangan mengenai perjanjian perdagangan bebas dengan Jepun. – Gambar EPA, 8 September, 2023.

NEGARA Majlis Kerjasama Teluk (GCC) akan menyambung semula perbincangan mengenai perjanjian perdagangan bebas dengan Jepun, lapor Sputnik, memetik Menteri Luar Oman Sayyid Badr Hamad semalam.

“Hari ini kami mengumumkan penyambungan semula rundingan untuk mencapai perjanjian perdagangan bebas antara Jepun dan negara-negara Teluk… yang akan memberi kesan positif secara langsung kepada kedua-dua pihak,” kata menteri Oman itu kepada wartawan selepas pertemuan dengan Menteri Luar Jepun Yoshimasa Hayashi.

Menteri Oman berkata langkah itu adalah sebahagian daripada momentum baharu kerjasama antara keenam-enam negara Teluk dan Jepun bagi mengukuhkan hubungan ekonomi, perdagangan dan politik, susulan lawatan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida ke rantau Teluk pada Julai.

Jepun merupakan pengeksport keempat terbesar Teluk, dengan perdagangan berjumlah AS$76.7 bilion dan keempat bagi import dari Teluk yang dianggarkan berjumlah AS$22 bilion, menurut GCC.

GCC ditubuhkan secara rasmi pada 1981 merangkumi Bahrain, Qatar, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Oman dan Arab Saudi. – Bernama, 8 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen