JUMLAH kes penderaan kanak-kanak yang dikendalikan oleh pusat perundingan kanak-kanak di seluruh Jepun mencecah rekod 219,170 pada 2022, memetik data kerajaan.
Kes melibatkan kanak-kanak di bawah 18 tahun meningkat 11,510 berbanding tahun sebelumnya, mencecah paras tertinggi untuk tahun ke-32 berturut-turut, sejak statistik bermula pada 1990, menurut data dikeluarkan Agensi Kanak-Kanak dan Keluarga, lapor Xinhua.
Penderaan psikologi menyumbang kira-kira 60% daripada jumlah itu, dengan kira-kira 129,500 kes, peningkatan lebih 4,700 kes berbanding tahun sebelumnya.
Sementara itu, penderaan fizikal menyumbang hampir 24%, dengan kira-kira 51,700 kes, diikuti pengabaian kira-kira 16%, iaitu kira-kira 35,600 kes.
Kira-kira 1% daripada kes melibatkan penderaan seksual, dengan anggaran 2,500 kes. – Bernama, 8 September, 2023.
Komen