Larang gadis belajar seni, Taliban tutup sekolah kesenian


Pada akhir tahun 2022 Taliban melarang gadis dan wanita daripada menghadiri sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. – Gambar AFP, 7 September, 2023.

TALIBAN menutup sebuah sekolah kesenian di wilayah Herat di barat Afghanistan selepas mendapat tahu terdapat gadis belajar di sekolah itu, memetik sumber, lapor Sputnik.

Menurut sumber itu pada 5 September lalu pihak kementerian yang berkaitan telah menutup Galeri Kamaleddin Behzad.

Galeri itu juga berfungsi sebagai sekolah seni untuk mengajar seni khat kepada dua gadis.

Galeri itu ditubuhkan di bawah kerajaan terdahulu dan beroperasi selama 40 tahun, tambah sumber itu.

Taliban menyekat hak wanita untuk mengembara, belajar dan bekerja sejak menguasai Afghanistan pada Ogos 2021 selepas pengunduran tentera antarabangsa dan kejatuhan kerajaan yang disokong Amerika Syarikat (AS).

Pada akhir tahun 2022 Taliban melarang gadis dan wanita daripada menghadiri sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.

Tindakan itu menerima kecaman antarabangsa dengan banyak negara dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggesa pihak berkuasa Afghanistan untuk menarik balik sekatan ke atas hak wanita. – Bernama, 7 September, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen