KEMENTERIAN Pertahanan Rusia pada Khamis mendakwa menembak jatuh dua dron Ukraine yang menyerang wilayah Bryansk sekitar 6.30 pagi (3:30 GMT) dan 7 pagi waktu Moscow, lapor Sputnik.
“Pada 7 September, sekitar 6.30 pagi waktu Moscow, percubaan rejim Kyiv untuk melakukan serangan pengganas menggunakan UAV jenis pesawat terhadap kemudahan di wilayah Persekutuan Rusia digagalkan.
“UAV Ukraine dimusnahkan oleh pasukan pertahanan udara yang bertugas di wilayah Bryansk,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Satu lagi dron dipintas berhampiran wilayah Bryansk sekitar pukul 7 pagi waktu Moscow, kata kementerian itu. – Bernama, 7 September, 2023.
Komen