Bumi alami tempoh 3 bulan paling panas, kata agensi PBB


Ogos antara bulan paling panas dan bulan kedua terpanas selepas Julai 2023, menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia PBB. – Gambar AFP, 6 September, 2023.

TIGA bulan lepas mencatat suhu paling panas pernah direkodkan di bumi, menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia PBB, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Agensi PBB itu, memetik data daripada Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus EU, seterusnya mendedahkan bahawa Ogos antara bulan paling panas “dengan margin yang besar” dan bulan kedua terpanas selepas Julai 2023.

Ogos dianggarkan sekitar 1.5 darjah Celsius lebih panas daripada purata praindustri.

Ogos juga menyaksikan purata suhu permukaan laut bulanan tertinggi di dunia pada rekod 20.98 darjah Celsius.

“Planet kita baru sahaja mengalami musim panas paling panas dalam rekod. ‘Climate breakdown’  telah bermula,” kata Setiausaha Agung PBB António Guterres dalam satu kenyataan. – Bernama, 6 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen