Kapal angkasa Starship sedia dilancarkan, kata Musk


Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX Elon Musk berkata Starship sedang menunggu kelulusan lesen FAA sebelum ia dilancarkan. – Gambar AFP, 6 September, 2023.

KETUA Pegawai Eksekutif SpaceX Elon Musk berkata pada Selasa syarikat itu sedang menunggu kelulusan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) AS untuk melancarkan satu lagi kapal angkasa Starship, lapor Sputnik.

“Starship sedia untuk dilancarkan, menunggu kelulusan lesen FAA,” kata Musk di platform X (dahulunya dikenali sebagai Twitter).

SpaceX mendedahkan pihaknya “menempatkan Starship sepenuhnya pada pad pelancaran di Starbase” di Texas.

SpaceX menjalankan pelancaran gabungan pertama kapal angkasa Starship dan penggalak peringkat pertama Super Heavy pada April.

Musk berkata pada akhir Jun yang SpaceX akan melancarkan satu lagi kapal angkasa Starship dalam masa kira-kira enam minggu, sambil menambah pelancaran baharu itu mempunyai kira-kira 60% kebarangkalian untuk memasuki orbit. – Bernama, 6 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen