Jangkitan cacar monyet meningkat di Bangkok


Sejak Mei 2022, wabak cacar monyet merebak ke pelbagai negara dan simptomnya hampir serupa dengan cacar. – Gambar AFP, 4 September, 2023.

BANGKOK memantau rapi kes berkaitan cacar monyet  memandangkan jumlah jangkitan di negara itu terus meningkat.

Timbalan Gabenor Bangkok Tavida Kamolvej berkata terdapat peningkatan kes cacar monyet di Bangkok pada Ogos, dengan kira-kira 80 kes dilaporkan setakat ini, lapor Agensi Berita Thai (TNA).

Data menunjukkan kes tertumpu di kawasan yang popular di kalangan pelancong.

Berita terkini menunjukkan individu yang dijangkiti kebanyakannya golongan muda dan remaja. – Bernama, 4 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen