Hampir 8,000 penduduk di selatan China dipindahkan susulan Taufan Saola


Minggu lepas, pentadbiran Meteorologi China mengumumkan tahap respons kecemasan tertinggi di selatan China ketika taufan semakin hampir. – Gambar EPA, 4 September, 2023.

PIHAK berkuasa bandar Yunfu wilayah China di barat daya Guangdong pada Isnin memindahkan hampir 8,000 orang akibat banjir yang dicetuskan taufan Saola, lapor Sputnik.

Hujan berpanjangan mengakibatkan paras air di Sungai Luoding melebihi paras normal, dan risiko banjir meningkat secara mendadak, kata pihak berkuasa tempatan.

“Sehingga 22:25 [14:25 GMT], pada 3 September, 7,960 orang telah dipindahkan dari kawasan berbahaya di daerah Yunan (di Yunfu),” menurut pihak berkuasa.

Minggu lepas, pentadbiran Meteorologi China mengumumkan tahap respons kecemasan tertinggi di selatan China ketika taufan semakin hampir. – Bernama, 4 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen