PENGASAS Pertiwi Soup Kitchen Munirah Abdul Hamid meninggal dunia di rumahnya di Bangsar, Kuala Lumpur pada usia 70 tahun.
Dilaporkan di laman Facebook Pertiwi, allahyarham meninggal dunia pada 4 pagi tadi.
Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara selepas jenazah disolatkan di masjid Bangsar hari ini.
Munirah adalah pekerja sosial yang terkenal yang mula membantu golongan miskin dan gelandangan sejak beliau berusia 17 tahun.
Pertiwi diasaskan pada 2010 bertujuan membantu golongan miskin dan memerlukan di Kuala Lumpur. – 4 September, 2023.
Komen