Dron Rusia serang infrastruktur pelabuhan di Ukraine


Serangan itu mencetuskan kebakaran dan dua orang cedera, menurut pasukan pertahanan menerusi Telegram. – Gambar Facebook, 4 September, 2023.

DRON Rusia menyerang infrastruktur pelabuhan di wilayah Odessa di selatan Ukraine, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Serangan itu mencetuskan kebakaran dan dua orang cedera, menurut pasukan pertahanan menerusi Telegram.

“Serangan dron besar-besaran itu berlangsung lebih tiga jam setengah,” menurut kenyataan tentera itu, tanpa menyatakan lokasi tepat serangan itu berlaku.

Tentera Udara Ukraine mendakwa pertahanan udara di wilayah Odessa telah menembak jatuh 22 daripada 25 dron.

Maklumat yang diberikan oleh mana-mana pihak berkaitan tidak dapat disahkan secara bebas.

Sejurus sebelum serangan terbaharu itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mengumumkan dua lagi kapal kargo telah melalui koridor bijirin yang ditubuhkan oleh Kyiv di kawasan itu. – Bernama, 4 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen