Sultan Johor terima menghadap Anwar di Istana Bukit Pelangi


Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Pelangi, di Johor Bahru. – Gambar Facebook, 3 September, 2023.

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Pelangi, di Johor Bahru, sempena lawatan beliau ke negeri ini.

Berangkat sama ke pertemuan itu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menurut satu hantaran di Facebook rasmi baginda, hari ini.

Turut hadir dalam pertemuan itu Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dr Azmi Rohani.

Menurut hantaran itu, Perdana Menteri tiba di istana berkenaan pada pukul 11.20 pagi dengan pertemuan berlangsung kira-kira sejam.

Anwar juga dijadualkan menghadiri Program “Temu Anwar” di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, dekat Johor Bahru dan melawat Hospital Sultanah Aminah. – Bernama, 3 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen