Ribuan rakyat Israel protes bantah penstrukturan semula kehakiman


Puluhan ribu rakyat Israel turun ke jalan membantah penstrukturan semula badan kehakiman yang dicadangkan kerajaan. – Gambar AFP, 3 September, 2023.

PULUHAN ribu rakyat Israel pada Sabtu sekali lagi berdemonstrasi di Tel Aviv dan bandar-bandar lain di seluruh negara menentang dasar kerajaan berhaluan kanan negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Penganjur protes sebelum ini mengumumkan bahawa mereka akan berkoordinasi dengan pasukan keselamatan selepas pertempuran hebat antara pendatang Eritrea dan polis beberapa jam sebelum itu.

Berpuluh-puluh orang cedera dalam rusuhan di selatan Tel Aviv.

Bantahan besar-besaran terhadap dasar kerajaan telah menjadi perkara biasa di Israel selama lebih setengah tahun.

Pada penghujung Julai, sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula badan kehakiman yang sangat kontroversi, gabungan kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu meluluskan undang-undang yang menyekat keupayaan Mahkamah Agung untuk bertindak.

Pengkritik melihat tindakan kerajaan itu sebagai ancaman kepada demokrasi Israel.

Pada 12 Sept, Mahkamah Agung akan mempertimbangkan petisyen terhadap undang-undang. – Bernama, 3 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen