MANCHESTER City meraih kemenangan keempat dalam Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Fulham 5-1 pada Sabtu.
The Citizens mendahului dengan jaringan Julian Alvarez, manakala gol kedua disumbangkan oleh Nathan Ake, dan Erling Haaland menjaringkan hatrik di Stadium Etihad di Manchester.
Tim Ream hanya menjaringkan satu gol untuk Fulham, lapor Agensi Anadolu.
Dengan keputusan ini, Manchester City kekal di tangga teratas dengan 12 mata.
Dalam satu lagi perlawanan Sabtu, Tottenham menewaskan pasukan tuan rumah Burnley 5-2 di Stadium Turf Moor. – Bernama, 3 September, 2023.
Komen