KOREA Utara mengadakan latihan “simulasi taktikal serangan nuklear” pada hujung minggu dengan peluru berpandu nuklear palsu jarak jauh yang dilancarkan ke laut, lapor media dikawal kerajaan hari ini.
Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) berkata operasi awal pagi semalam adalah “latihan tindak balas” terhadap aktiviti ketenteraan bersama dibuat AS dan Korea Selatan yang menambah ketegangan di rantau itu.
“Latihan tembakan simulasi taktikal nuklear dijalankan pada subuh 2 September untuk memberi amaran kepada musuh tentang bahaya perang nuklear yang sebenar,” lapor KCNA.
“Dua peluru berpandu jarak jauh dilengkapkan dengan bom nuklear ditembak,” dari pesisir pantai barat Korea Utara ke dalam laut di selatan,’ katanya.
Ketua Angkatan Tentera Korea Selatan semalam berkata sejumlah peluru berpandu dilancarkan sekitar jam 4 pagi ke arah Laut Kuning, menambah yang spesifikasi peluru itu sedang dinilai.
KCNA berkata Amerika Syarikat dan Korea Selatan sedang melakukan “histeria konfrotasi” dengan latihan ketenteraan terbaru mereka.
Korea Selatan menjalankan beberapa siri ujian senjata tahun ini, terbaru pada minggu lepas dalam cubaannya untuk menempatkan satelit perisikan di orbit, walaupun ia gagal.
Seoul dan Washington memperhebat kerjasama ketenteraan dengan kehadiran pesawat canggih dan aset strategik tentera AS.
Hubungan antara dua Korea itu semakin buruk tahun lepas dan diplomasi menemui jalan buntu apabila cubaan perbincangan untuk menghentikan program nuklear Korea Utara gagal. – AFP, 3 September, 2023.
Komen