Ulat beluncas musnahkan tanaman lavender di Perancis


Sekurang-kurangnya 50% tanaman lavender di kawasan pergunungan di wilayah Drome, Perancis rosak kerana serangan ulat beluncas. – Gambar Twitter, 2 September, 2023.

SEEKOR ulat beluncas mungkin menyebabkan kerugian berjuta-juta dolar kepada petani lavender Perancis tahun ini, menurut persatuan pertanian yang menggesa kerajaan untuk membantu.

“Terdapat berpuluh-puluh hektar yang tidak dituai kerana tidak berbaloi. Tiada apa-apa lagi,” kata Alain Aubanel, ketua Persatuan Minyak Wangi, Aroma dan Tumbuhan Ubat PPAM, yang berpangkalan di Manosque, selatan Perancis.

Petani kehilangan 90% hasil tuaian mereka dalam beberapa kes, katanya kepada agensi berita Jerman (DPA).

“Saya menganggarkan kerugian sekitar beberapa juta euro,” katanya.

Ulat beluncas memakan batang lavender hingga menjejaskan tumbuhan.

Daripada ungu bersinar, ladang lavender, yang popular sebagai destinasi percutian dan poskad, kawasan itu kelihatan berwarna kelabu-coklat pada musim panas ini.

Jabatan Alpes-de-Haute-Provence, Vaucluse dan Drome kebanyakannya terjejas - terutamanya kawasan penanaman tradisional di pergunungan, kata Aubanel.

Hakikat kawasan penanaman di pergunungan lebih terjejas disebabkan oleh fakta penuaian bermula lewat di sana.

Aubanel menganggarkan sekurang-kurangnya 50% tanaman di kawasan pergunungan di wilayah Drome rosak. – Bernama, 2 September, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen