SERAMAI 21 orang cedera dalam insiden kebakaran di sebuah rumah mandi awam di bandar Busan, Korea Selatan pada Jumaat, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Yonhap.
Kebakaran bermula dari rumah mandian empat tingkat di Busan, kira-kira pukul 1.40 petang waktu tempatan (0440 GMT), tetapi anggota bomba berjaya mengawal kebakaran.
Kejadian itu turut menyebabkan berlaku letupan sebanyak dua kali yang mencederakan antaranya lapan anggota bomba, tiga anggota polis dan orang awam.
Beberapa bangunan dan rumah berhampiran turut mengalami kerosakan.
Polis dan pihak berkuasa bomba sedang menyiasat punca sebenar kejadian itu. – Bernama, 2 September, 2023.
Komen