BEKAS perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sudah mengemukakan permohonan pengampunan diraja, menurut laporan media tempatan yang memetik kenyataan Menteri Keadilan.
Thaksin kini menjalani hukuman penjara lapan tahun kerana didapati menyalahguna kuasa dan konflik kepentingan selepas kembali daripada buangan selama 15 tahun minggu lalu.
Wakil Thaksin, 74, enggan mengulas apabila ditanya untuk pengesahan mengenai perkara itu, manakala peguam Thaksin berkata bekas pemimpin itu menyediakan permohonan itu sendiri.
Kisah Thaksin kembali ke Thailand minggu lalu dipenuhi dengan drama kerana sejurus tiba dengan jet peribadi dan melambai kepada penyokongnya, beliau dipindahkan ke penjara.
Pada hari pertama di penjara, bekas jutawan telekomunikasi itu dipindahkan ke hospital polis dan pihak berkuasa mendakwa Thaksin mengalami sakit dada serta tekanan darah tinggi.
Menteri Kehakiman, Wissanu Krea-ngam berkata, permohonan pengampunan itu dikemukakan oleh keluarga Thaksin.
Permohonan pengampunan diraja mesti dikemukakan melalui jabatan pemulihan kepada Menteri Kehakiman.
Ia kemudiannya akan dipertimbangkan oleh perdana menteri, yang kemudiannya mesti menyerahkannya kepada Raja Maha Vajiralongkorn. – AFP, 31 Ogos, 2023.
Komen