SEKURANG-KURANGNYA 58 orang maut dalam kebakaran di sebuah bangunan bertingkat di bandar Johannesburg, Afrika Selatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), memetik perkhidmatan kecemasan tempatan hari ini.
Sekurang-kurangnya 43 lagi cedera, kata jurucakap Perkhidmatan Pengurusan Kecemasan Johannesburg, Robert Mulaudzi.
Mulaudzi berkata angka kematian mungkin meningkat kerana usaha mencari mangsa masih diteruskan. – Bernama, 31 Ogos, 2023.
Komen