MENTERI pengangkutan Perancis mahu harga minimum bagi penerbangan pesawat di Eropah dilaksanakan untuk memerangi perubahan iklim.
Dalam temu bual dengan mingguan L’Obs Menteri Pengangkutan Clement Beaune berkata beliau akan mengemukakan cadangan sedemikian kepada rakan sejawatannya di EU dalam beberapa hari akan datang.
Syarikat penerbangan tambang rendah membuat kemajuan besar di Eropah dengan menawarkan tambang rock-bottom di beberapa laluan dengan Ryanair menjadi syarikat penerbangan terbesar di rantau ini.
Tetapi tambang yang rendah kadangkala tidak menampung kos dan penerbangan mengeluarkan lebih banyak gas rumah hijau daripada perjalanan dengan kereta api.
“Saya secara terbuka menyeru agar aktiviti pencemaran dikenakan cukai untuk melabur dalam peralihan ekologi,” kata Beaune sambil menamba kerajaan merancang untuk meningkatkan cukai ke atas penerbangan yang berlepas dari Perancis untuk membiayai pelaburan kereta api.
Peningkatan levi ke atas syarikat yang menguruskan lebuh raya Perancis dan tiket penerbangan berkemungkinan besar dalam belanjawan 2024 yang akan diumumkan pada akhir September.
Syarikat penerbangan tambang rendah juga mencetuskan kontroversi di Perancis berikutan isu gaji dan amalan buruh mereka. – AFP, 31 Ogos, 2023.
Komen