Gempa bumi lemah dikesan di Ranau 


Gegaran berukuran 3.7 pada skala Richter dirasai di Ranau dan kawasan sekitarnya pada 7.13 pagi tadi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Ogos, 2023.

SATU gempa bumi lemah berukuran 3.7 pada skala Richter berlaku di Ranau pada 7.13 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu terletak di 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur dengan kedalaman 5 km iaitu 13 km barat laut dari Ranau.

“Gegaran dirasai di Ranau dan kawasan sekitarnya.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut kenyataan itu. – Bernama, 31 Ogos, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen