SEKUMPULAN pegawai kanan tentera Gabon muncul di televisyen nasional hari ini dan mengumumkan mereka telah merampas kuasa.
Tindakan itu dibuat sejurus selepas Pusat Pilihan Raya Gabon (CGE) mengesahkan penyandang Presiden Ali Bongo secara rasmi memenangi penggal ketiga dengan 64.27 peratus undi, lapor Agensi Anadolu.
“Hari ini 30 Ogos 2023 kami pasukan pertahanan dan keselamatan yang bersatu di bawah Jawatankuasa Peralihan dan Pemulihan Institusi (CTRI) bagi pihak rakyat Gabon dan sebagai penjamin perlindungan institusi telah memutuskan untuk mempertahankan keamanan dengan menamatkan pemerintahan sekarang,” kata seorang jurucakap.
Beliau mengisytiharkan pilihan raya umum 26 Ogos dibatalkan, penutupan semua sempadan sehingga diberitahu kelak dan pembubaran semua institusi di republik itu.
Keputusan pilihan raya disytiharkan terbatal dan tidak sah. – Bernama, 30 Ogos 2023.
Komen