PAKEJ 5G Rahmah dengan spesifikasi asas pelan data (device bundle) melibatkan telefon pintar berharga tidak melebihi RM240 berserta pelan pascabayar serendah RM60 sebulan dengan data minimum 60GB akan mula ditawarkan bermula 31 Ogos ini untuk semua rakyat Malaysia hingga Disember.
Ketika melancarkan pakej 5G Rahmah itu di Putrajaya hari ini, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil turut mengumumkan insentif pascabayar Rahmah Penjawat Awam melibatkan rebat RM10 sebulan untuk tempoh 12 bulan bagi pakej pascabayar bernilai RM60 dan ke atas yang akan bermula 16 September ini.
Beliau berkata pakej 5G Rahmah dilancarkan hari ini yang melibatkan pilihan telefon pintar sama ada jenama Samsung A14 5G atau Honor 90 Lite 5G itu hanyalah merupakan spesifikasi asas bagi pemberian pakej 5G Rahmah dan pihak telco amat digalakkan menyediakan tawaran yang lebih baik.
“Sebagai contoh telco boleh menyediakan harga telefon pintar yang lebih rendah daripada RM240 atau bayaran bulanan pelan pascabayar yang lebih rendah daripada RM60 atau kuota data yang lebih banyak daripada 60GB sebulan,” katanya. – Bernama, 29 Ogos 2023.
MENYUSUL
Komen