Pengundi AS percaya Biden terlalu tua jadi presiden penggal kedua


Sebanyak 77% responden berpendapat Joe Biden yang berusia 77 tahun terlalu tua untuk dipilih semula sebagai presiden AS untuk penggal kedua pada 2024. – Gambar AFP, 29 Ogos 2023.

LEBIH tiga perempat pengundi Amerika Syarikat (AS) percaya penyandang Presiden AS Joe Biden akan menjadi terlalu tua untuk menjadi pemimpin yang berkesan jika beliau dipilih semula untuk penggal kedua pada 2024, lapor Sputnik.

Associated Press melaporkan pada Isnin, memetik tinjauan terbaru oleh Pusat Penyelidikan Hal Ehwal Awam The Associated Press-NORC, bahawa 77% responden berpendapat presiden berusia 77 tahun itu terlalu tua untuk berkesan untuk empat tahun lagi.

Pendapat itu dikongsi oleh 89% pengundi Republik dan 69% Demokrat, hasil kajian menunjukkan.

Apabila ditanya tentang perkataan frasa pertama yang terlintas di fikiran apabila menyebut Biden, 26% responden menyebut umurnya, 15% lagi menggunakan perkataan “lambat” atau “keliru”.

Sebaliknya, hanya 3% responden memilih “keliru” sebagai perkataan yang mereka kaitkan dengan bekas presiden AS Donald Trump, manakala 15% memilih sama ada “korup” atau “penipu.”

Tinjauan itu dijalankan dari 10-14 Ogos dalam kalangan 1,165 orang dewasa dengan margin ralat menghampiri 3.8 mata peratusan. – Bernama, 29 Ogos 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen