China, Singapura bakal adakan latihan tentera bersama


Gambar jet pejuang China. China dan Singapura akan mengadakan latihan ketenteraan bersama dari akhir Ogos hingga pertengahan September. – Gambar AFP, 29 Ogos 2023.

CHINA dan Singapura akan mengadakan latihan ketenteraan bersama dari akhir Ogos hingga pertengahan September untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan, kata Kementerian Pertahanan China pada Isnin, lapor Sputnik.

“Selaras dengan rancangan tahunan dan perjanjian dua hala, Kerjasama Latihan Angkatan Darat Bersama China-Singapura 2023 akan diadakan di Singapura dari akhir Ogos hingga pertengahan September,” kata kementerian itu di WeChat.

Semasa latihan, tembakan penembak tepat, serta teknik pertempuran jarak dekat, lompatan dari helikopter dan operasi menyelamat tebusan akan diadakan.

Latihan itu direka untuk memperkuat kerjasama praktikal antara tentera China dan Singapura selain meningkatkan tahap latihan tempur sebenar tentera, tambah kementerian itu. – Bernama, 29 Ogos 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen