PIHAK berkuasa Russia secara rasmi mengesahkan kematian ketua kumpulan upahan Wagner, Yevgeny Prigozhin, agensi berita Jerman (DPA) memetik laporan agensi berita Tass yang memetik Jawatankuasa Penyiasatan Russia (SKR).
Prigozhin dianggap mati sejak sebuah pesawat terhempas dalam keadaan tidak jelas di luar Moscow pada Rabu.
Prigozhin dan komander tertinggi Wagner disenaraikan antara 10 orang di dalam pesawat itu.
Tass pada Ahad melaporkan, selepas mengenal pasti semua 10 mangsa nahas pesawat, penyiasat Russia mengesahkan Prigozhin adalah salah seorang daripada mereka. – Bernama, 27 Ogos, 2023.
Komen