MB Kedah dikritik bolot portfolio negeri


C4 berkata tindakan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memegang begitu banyak portfolio boleh menghalang proses semak dan imbang negeri, terutama apabila beliau juga bertanggungjawab dalam hal ehwal kewangan negeri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Ogos, 2023.

MENTERI Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mendapat perhatian kerana memegang pelbagai portfolio dalam kerajaan negeri baharu, termasuk di kawasan di mana beliau boleh dituduh mempunyai konflik kepentingan.

Pengerusi Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) Edmund Terence Gomez berkata memegang begitu banyak portfolio juga boleh menghalang proses semak dan imbang negeri, terutama apabila beliau juga bertanggungjawab dalam hal ehwal kewangan negeri.

“Orang yang berbeza harus memegang jawatan penting seperti itu. Ini bagi membolehkan semak dan imbang (dalam kerajaan negeri), iaitu bagaimana sistem demokrasi yang betul berfungsi,” kata Gomes dilaporkan dalam FMT hari ini.

Pakar ekonomi itu berkata isu lain ialah mengenai Sanusi  kedua-dua sumber tanah dan portfolio mineral dan geosains, terutamanya apabila pemimpin PAS itu berdepan dakwaan mengaitkannya dengan penerokaan unsur nadir bumi (REE) secara haram di negeri itu.

“Memandangkan terdapat beberapa siri dakwaan yang dibuat terhadapnya membabitkan skandal REE, adalah menjadi kepentingan terbaiknya untuk tidak mengawal portfolio sedemikian.

“Orang lain harus memegang portfolio itu supaya ada semak dan imbang apabila menentukan bagaimana sumber tanah digunakan oleh negeri. Ini akan membantu mencetuskan ketelusan dan akauntabiliti dalam tadbir urus,” katanya.

Gomes mencadangkan bilangan portfolio dalam exco kerajaan negeri dikurangkan supaya memandangkan ia akan menjejaskan penyelarasan dan pelaksanaan dasar.

““Oleh kerana terdapat terlalu banyak jawatankuasa, adalah lebih baik bagi mereka untuk menggabungkan portfolio tersebut. Lebih sedikit jawatankuasa yang anda ada, lebih baik penyelarasan.

“Ini akan memudahkan proses mewujudkan dan melaksanakan dasar,” katanya.

Selain menjadi menteri besar Sanusi, yang juga Adun Jeneri, mengetuai jawatankuasa perancang negeri; hal ehwal tanah, mineral dan geosains; hasil bumi; kewangan; syarikat berkaitan kerajaan; majlis tindakan ekonomi negeri serta pembangunan Kedah 2035, serta pembangunan dan kerjasama luar. – 27 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen