Tapak pelupusan sampah terbakar, Bandung Barat isytihar darurat 21 hari


Kebakaran di tapak pelupusan sampah Sarimukti di wilayah Bandung Barat, Indoesia – yang menjadi pusat pelupusan sampah bandar Bandung dengan 2.5 juta penduduk- terbakar sejak Khamis. – Gambar AFP, 27 Ogos, 2023.

KEBAKARAN di sebuah tapak pelupusan sampah di daerah paling padat Indonesia memaksa darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa tempatan ketika asap tebal dan busuk menyebabkan penduduk sekitar sesak nafas, kata pegawai pada Jumaat.

Kebakaran di tapak pelupusan sampah Sarimukti di wilayah Bandung Barat, Indoesia – yang menjadi pusat pelupusan sampah bandar Bandung dengan 2.5 juta penduduk- terbakar sejak Khamis.

Sekurang-kurangnya 67 orang yang tinggal di sekitar tapak itu dikesan mengalami gejala jangkitan pernafasan sederhana dengan dua dimasukkan ke hospital kerana terdedah kepada asap bertoksik, menurut klinik kesihatan tempatan.

Guru besar sebuah sekolah agama Islam terletak enam kilometer dari pusat sampah itu berkata pelajarnya diarahkan duduk di rumah kerana asap tebal menyukarkan proses pembelajaran.

“Asap tebal menganggu aktiviti belajar serta mengancam keselamatan dan kesihatan pelajar,” kata Amin Bunyamin kepada AFP.

“Kami bimbangkan kesihatan mereka kerana asap sampah terbakar lain jenisnya. Asap itu menyukarkan bernafas.”

Sekurang-kurangnya 30 jentera bomba dikerah untuk memadamkan kebakaran di tapak seluas 25 hektar itu tetapi masih belum mengawal keadaan, dengan pihak berkuasa berkata cuaca panas dan angin kuat menyukarkan usaha memadam api.

Kebakaran itu memaksa kerajaan tempatan mengisytiharkan darurat kecemasan selama 21 hari di kawasan itu, kata Bupati Bandung Barat Hengky Kurniawan.

Bandar di kepulauan Jawa yang berselarak tidak mempunyai sistem pengurusan sisa yang baik untuk memperoses sisa pepejal dikeluarkan setiap hari.

Kurniawan pada Khamis menyalahkan puntung rokok sebagai punca kebakaran dan menggesa penduduk tidak membuangnya merata-rata “terutamanya pada musim kemarau”.

Tambahnya pihak berkuasa tidak dilengkapi peralatan memadamkan kebakaran sehingga memaksa bom air dijatuhkan daripada helicopter dihantar agensi pengurusan bencana negara itu pada Jumaat.

Pegawai tempatan mengumumkan pusat kutipan sampah sementara diwujudkan tetapi meminta penduduk menguruskan sisa mereka sendiri.

Gabenor Bandung Barat Ridwan Kamil pada Khamis berkata agensi cuaca negara itu cuba melakukan pengawalan cuaca di kawasan berkenaan, “berharap kami dapat hujan” bagi meredakan kebakaran tersebut. – AFP, 27 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen