Askar Australia pertama terkorban ketika Konfrontasi dengan Indonesia diberi penghormatan


Desmond Davidson

Sarjan Reginald John Weiland ialah askar Australia pertama yang terbunuh semasa konfrontasi Malaysia-Indonesia pada 1965. – Gambar The Malaysian Insight, 27 Ogos 2023.

SARJAN Reginald John Weiland, askar Australia pertama yang maut dalam Konfrontasi Indonesia di Sarawak pada 1965, akan menjadi antara 11 askar Australia yang akan diberi penghormatan dalam satu majlis khas di Kuching esok.

Majlis itu, gabungan Perkhidmatan Peringatan Australia-New Zealand untuk menghormati tentera Australia, New Zealand dan Komanwel yang gugur dalam dua kempen ketenteraan pasca Perang Dunia Kedua, akan diadakan di Taman Memorial Pahlawan.

Weiland, digambarkan sebagai seorang askar yang berpengalaman, seorang veteran Perang Dunia Kedua yang sebelum ditempatkan di Sarawak, pernah berkhidmat di Jepun dengan Pasukan Pendudukan Komanwel British.

Komander 3 Platun, A Kompeni dari batalion ke-3 Rejimen Diraja Australia, Weiland terbunuh apabila beliau terpijak periuk api pada Mac 1965.

Beliau ketika itu mengetuai rondaan dari pangkalan operasi mereka yang berkubu berhampiran Kampung Stass ke sempadan Sarawak–Kalimantan.

Mengiringi rondaan itu dua penjejak etnik Iban, Mudah Jali dan Enggil Japing. – 27 Ogos, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen