SEKURANG-KURANGNYA 10 maut dan beberapa lagi cedera akibat kebakaran gerabak kereta api yang berlaku di selatan India, lapor agensi berita Anadolu memetik pegawai pada Sabtu.
Kereta Api Selatan India dalam satu kenyataan mengesahkan terdapat korban di Madurai Yard di selatan Tamil Nadu Selatan, ekoran daripada “silinder gas haram” yang mencetuskan kebakaran.
Pegawai berkata, kebakaran dilaporkan berlaku dalam “koc persendirian” pada Sabtu dan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Penumpang dalam koc swasta/individu menyeludup silinder gas secara haram dan menyebabkan kebakaran,” katanya.
Syarikat itu berkata, penumpang tidak dibenarkan membawa bahan mudah terbakar seperti silinder gas. – Bernama, 26 Ogos, 2023.
Komen